Alumni atau mereka yang telah graduasi dari mana-mana
institusi pengajian, merupakan golongan yang menimba ilmu & pengalaman melalui proses pendidikan bersistem. Proses
demi proses, peringkat demi peringkat telah dilalui,semestinya teori keilmuwan
& pengalaman di sekolah mahupun kolej atau universiti pasti membantu dalam
meneruskan kehidupan.
Mungkin juga boleh diklasifikasikan sebagai golongan yang menilai sesuatu berdasarkan pengalaman dan kesedaran. Contohnya, pasti ketika di zaman persekolahan kita tidak terlepas daripada tindakan disiplin selepas melakukan kesalahan atau denda jika tak dapat siapkan kerja sekolah. Bagi yang sedang melaluinya,pasti menganggap itu satu bebanan yang akan menimbul rasa tidak puas hati tetapi sebenarnya itu merupakan lumrah kehidupan semasa persekolah yang kita tidak dapat lari darinya.
Tindakan disiplin dan denda mungkin secara zahirnya,ia
merupakan satu cara untuk membalas sesuatu kesalahan,namun dari sudut yang
lain,ia merupakan cara yang terbaik untuk menjadikan diri sebagai seorang yang
sentiasa beradab dan berakhlak. Perkara yang telah disebut tadi,hanya golongan
yang telah melalui proses tersebut sahaja sedar akan segala yang telah dilalui
berbanding golongan yang sedang melalui.
Persoalannya,berapa ramai golongan yang sudah melalui proses
didikan ini, membantu menyedarkan golongan yang sedang melalui proses tersebut?
Di manakah praktiknya teori keilmuwan dan pengalaman yang diperoleh? Adakah
semua itu membantu golongan yang lebih muda? Apakah usaha yang telah dilakukan
untuk membantu institusi pendidikan dalam melahirkan anak bangsa yang
berkualiti? Atau tidak perlu mempersoalkan semua itu kerana itu semua tugas
pendidik?
Bekas penuntut ilmu yang terbaik dan berkualiti, akan dinilai
berdasarkan keperibadiaan yang terhasil, keperibadiaan yang baik pasti memberi
kesan yang baik kepada orang yang berada disekelilingnya. Itulah yang pastinya
semua pendidik idamkan iaitu nilai keilmuwan yang dipraktikan dan diterjemahkan
kepada kehidupan masyarakat. Berdasarkan nilai keilmuwan dan pengalaman ini,pasti
ianya membuahkan idea, tentang apa PERANAN kita sebagai ALUMNI?